Friday, May 22, 2020

       Travelog percutian ke Kuala Lumpur


         Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog saya ini.Saya ingin menceritakan pengalaman saya selama saya berkunjung ke Kuala lumpur pada 5 Disember 2019.saya pergi ke sana untuk melawat kakak saya yang sedang melanjutkan pelajarannya kuntuk menjadi seorang peguam.


       Pada 5 Disember 2019, saya bersama keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur untuk melawat kakak saya yang melangsungkan pelajarannya di sana untuk menjadi seorang peguam.Pada pukul 8:27 pagi saya sekeluarga sampai ke bandar raya Kuala Lumpur.Kami memulakan perjalanan dari rumah pada pukul 2:36 pagi untuk pergi ke Kuala Lumpur.Saya sekeluarga telah bersarapan di kedai makan Kudu bin Abdul di Jalan Tungku Abdul Rahman pada pukul 9 pagi.

Saya sedang makan

     
Setelah selesai menjamu selera kami sekeluarga pergi ke pasaraya Sogo untuk membeli belah.Perjalan kami daripada kedai makan ke Sogo tidak terlalu jauh kerana pasaraya Sogo terletak di Jalan Tungku Abdul Rahman.Semasa berada di Sogo saya telah membeli kasut PVC yang baru untuk persekolahan dan kasut bola yang baru berjenama Line 7.




   Pada pukul 2:23 kami telah selesai membeli belah dan bergegas bergegas ke Hotel PNB Perdana yang terletak di Jalan Ampang untuk menginap di sana selama satu malam. Selepas mendapat kunci bilik kami mengambil pakaian di kereta dan bergegas ke bilik untuk berehat. Setelah sampai di bilik kami berehat sepuas-puasnya.Kami juga telah makan tengah hari di bilik hotel dengan hidangan yang di bungkus daripada kedai makan Kudu bin Abdul. Selepas makan kami berhat sepuas-puasnya di bilik hotel kerana kepenatan. 

   Pada pukul 9:57 malam kami makan malam dengan hidangan yang dipesan oleh kakak saya melalui Food Panda.Kakak saya telah memesan pelbagai jenis makanan yang sangat sedap.Antara makanan yang dipesan ialah Oden dan Onigiri dari kedai Family Mart.Setelah makan kami menjalankan aktiviti sendiri sepeti menonton televisyen atau bermain telefon pintar.
nasi jepun
oden

     Pada keesokan paginya pada pekel 8:54 kami telah pergi ke kawasan sarapan hotel untuk makan.Terdapat pelbagai makanan yang sangat lazat di sana.Antaranya ialah nasi lemak,nasi goreng, roti pastry, macaroni keju dan banyak lagi. Kami makan sehingga kenyang untuk mengisi perut yang lapar. 

sarapan di hotel

     Setelah selesai sarapan, kami sekeluarga pulang ke bilik untuk mengemas barang.Kami diminta untuk mengosongkan bilik sebelum pukul 12 tengah hari.Setelah sampai di dobi saya, abang dan kakak saya pergi meletakkan barang di kereta sementara ayah dan ibu saya membayar bil penginapan

roti yang dibuah suai


Sebelum pulang ke rumah kami sekeluarga pergi ke tugu Negara untuk meyaksikan struktur bersejarah itu. Kawasan tugu Negara itu dipenuhi dengan ramai pelancong dari luar Negara seperti Negara Cina dan Indonesia.

tugu peringatan
tugu negara
       Selepas itu kami terus menuju ke rumah untuk pulang.perjalanan itu amat lama kerana kami singgah di kedai makan Kong Kong Seafood yang terletak di Masai Johor. Kami telah memesan pelbagai jenis hidangan untuk dijamu seperti asam pedas, daging masak merah, sotong goreng tepung dan banyak lagi.Setelah selesai makan kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.kami sampai di rumah pada pukul 1:32 pagi.Kami berasa sangat letih tetapi sangat seronok kerana kami mendapat pengalaman yang baru.